Friday, November 12, 2010

Perpisahan..

Kenapakah wujudnya satu ayat yang berbunyi " SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
 bukankah Perpisahan memeritkan hati setiap insan yang melaluinya....
adakah seseorang insan dipaksa melalui detik yang susah ini....
kan lebih baik jika kita tak diketemukan dgn insan tersebut yang pasti kita akan menyayangi
sudah pasti kita tidak akan menanggung kesusahan dalam hati..

adakah menjadi takdir kita untuk bertemu dgn org tersayang dan berpisah secara terpaksa?????
mungkin inilah kehidupan yang harus setiap insan lalui.......
walaupun perpisahan memeritkan hati,kita harus mengharunginya....

Wednesday, November 10, 2010

Seronoknya Hari Ini

Hari ini, belajar sesuatu yang baharu - membina blog sendiri.  Mulanya terkial-kial juga. Tambah-tambah adakalnya "line" terganggu. Sudahlah begitu, ditambah pula dengan kawan di sebelah yang ambil masa terlalu lama untuk mencipta/mereka emelnya. Penceramah hari ini, baik sangat orangnya. Beliau mengajar kami dengan sabar. Ada beberapa rakan yang adakalanya "buat hal". Cikgu suruh datang sini belajar cara buat blog dan web, mereka asyik buka Face Book pulak! 

Esok - semua orang kena siapkan cerita dalam laman blog masing-masing. Lepas itu, kena persembahkan. Barulah kawan-kawan saya semua kelam kabut. Seronoknya hari ini sebab dapat belajar sesuatu yang baharu.  Daripada duduk di sekolah dengan keriuhan dan kebisingan, dapat  juga merasa duduk di bilik berhawa dingin sambil belajar.

Sesi hari ini sudah tamat. Gembira kerana dapat membina laman web dan blog sendiri.
Tak sabar-sabar tunggu esok untuk mendapatkan lebih banyak maklumat pasal ICT.
Bila hari esok akan menjelma?
Excited gila ini...........

Tuesday, November 9, 2010

Hi.......

Hi...... Welcome to my blogspot..